Anggota penguat kuasa MPKL menyita kenderaan tersadai dalam operasi bersepadu di sekitar Banting pada 17 Ogos 2022. Foto Facebook MPKL
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Padah abai notis, MPKL sita empat kereta tersadai

SHAH ALAM, 18 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita empat kereta terbiar di Banting selepas pemiliknya gagal mematuhi notis dikeluarkan sebelum ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan operasi dijalankan pegawai penguatkuasa di Taman Banting Jaya, Taman Sri Putra, Bahu Jalan Kampung Tongkah dan Taman Delima.

“Kenderaan tersadai ini menghalang lalu lintas dan boleh mencacatkan pemandangan di kawasan sekitar.

“Sebelum ini beberapa kali notis dikeluarkan supaya pemilik kereta mengalihkannya, namun pemilik masih tidak berbuat demikian,” katanya di Facebook.

Tindakan dibuat mengikut Seksyen 46(1)(e), Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

PBT itu turut mengingatkan penduduk tidak membiarkan kenderaan tersadai dalam tempoh yang lama di kawasan perumahan atau bahu jalan kerana dibimbangi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Orang ramai yang mahu membuat aduan boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasa MPKL di talian 012-30044217.

 


Pengarang :