Profesor Emeritus Jabatan Sejarah Universiti Malaya Prof Emeritus Dr Abdullah Zakaria Ghazali berucap ketika Majlis Pembukaan Syarahan Darul Ehsan Mat KIlau : Mitoskah Atau Realiti Sejarah anjuran Institut Darul Ehsan dan Unisel di Universiti Selangor, Shah Alam pada 17 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/ SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pakar sejarah: Mat Kilau bukan mitos, hilang tapi muncul semula pada 1970

SHAH ALAM, 17 OGOS: Sejarah pahlawan Melayu Mat Kilau bukan mitos sebaliknya pejuang terkenal Pahang, kata Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia.

Menurut Prof Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali, pahlawan berkenaan anak kepada Imam Rasul atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah.

“Mat Kilau muncul bersama bapanya, Tok Gajah. Tok Gajah juga dikenali sebagai Imam Perang Indera Gajah, iaitu salah seorang Orang Besar Raja.

“Mat Kilau mentadbir Kampung Budu di Benta, Pahang. Beliau adalah anak jati Pahang yang dilahirkan di Jerantut,” katanya hari ini.

Profesor Emeritus Jabatan Sejarah Universiti Malaya Prof Emeritus Dr. Abdullah Zakaria Ghazali berucap ketika Majlis Pembukaan Syarahan Darul Ehsan Mat KIlau : Mitoskah Atau Realiti Sejarah anjuran Institut Darul Ehsan dan Unisel di Universiti Selangor, Shah Alam pada 17 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/ SELANGORKINI

Berucap dalam Syarahan Darul Ehsan Mat Kilau: Mitoskah atau Realiti Sejarah di Universiti Selangor, Dr Abdullah berkata Mat Kilau hilang namun muncul kembali pada 1970.

“Tetapi menerusi maklumat yang saya perolehi, ada penduduk tempatan yang mengetahui mengenai kewujudan Mat Kilau namun merahsiakannya.

“Mereka yang tahu juga perlu bercakap mengenainya di surau, tidak boleh bercakap (mengenai Mat Kilau) di rumah,” kata Prof Emeritus di Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Nama Mat Kilau kembali menjadi sebutan susulan filem epik mega, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan pada 23 Jun di pawagam seluruh negara, Singapura dan Brunei menjadi fenomena.

Filem yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Datuk Jalaluddin Hassan berjaya meraih lebih RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan.

Foto Facebook MAT KILAU THE MOVIE

Pengarang :