Sebahagian pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali menerima hadiah wang tunai kecemerlangan pada 7 Ogos 2022. Foto Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pelajar cemerlang SPM 2021 DUN Batang Kali terima hadiah wang tunai

SHAH ALAM, 16 OGOS: Seramai 100 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menerima hadiah wang tunai pada Ahad lalu.

Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali memaklumkankan hadiah berupa wang tunai RM100 dan RM300.

“Tahniah dan syabas buat pelajar di sekolah-sekolah sekitar Batang Kali dan menerima RM 100 sehingga RM 300 bagi yang berjaya mendapat 5A, 6A, 7A, 8A serta 9A ke atas.

“Program dalam koordinasi Penggerak Belia Selangor dengan bantuan Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Hulu Selangor, Pusat Wanita Berdaya DUN Batang Kali, Team Selangor dan TYMBA Education,” kata Saifuddin Shafi Muhammad di Facebook.

Tambah beliau, pada program yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Batang Kali itu pihaknya turut memberi penerangan mengenai Iltizam Selangor Penyayang.


Pengarang :