Masyarakat setempat menyanyikan lagu patriotik, Tanggal 31 Ogos sempena Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Anjuran Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Baru Batu Caves. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Pelajar sekolah dipelawa sertai pertandingan lagu patriotik MBSJ

SHAH ALAM, 9 OGOS: Pelajar sekolah peringkat rendah dan menengah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dipelawa menyertai pertandingan lagu patriotik sempena bulan merdaka.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan hadiah wang tunai RM500 menanti juara bagi kedua-dua kategori diikuti naib johan (RM400), ketiga (RM300) dan tiga hadiah saguhati (RM100).

Pertandingan Lagu Patriotik Generasi Bestari MBSJ 2022 yang bermula hari ini sehingga 23 Ogos itu bertujuan menyerlahkan semangat kemerdekaan.

“Jom serlahkan bakat si cilik melalui nyanyian lagu patriotik dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai,” tulisnya di Facebook.

Untuk maklumat syarat pertandingan dan pendaftaran, peserta boleh layari laman sesawang MBSJ atau mengimbas kod respon pantas (QR code) yang tertera.

 


Pengarang :