Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah di Karnival Jualan Ehsan Aidiladha di Jalan GP2, Taman Gombak Permai pada 8 Julai 2022. Foto Facebook PKPS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli ayam, sayur murah di Shah Alam hujung minggu ini

SHAH ALAM, 16 OGOS: Jualan murah barangan keperluan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi hujung minggu ini.

Menurut perbadanan itu, lokasi Jualan Prihatin Rakyat bermula Sabtu meliputi tapak pasar malam Seksyen 25, di sini mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Manakala pada Ahad pula berlangsung di Masjid Seksyen 7 dan Kampung Melayu Subang, kedua-duanya juga di Shah Alam pada waktu yang sama.

Produk dijual termasuk ayam segar (RM13 seekor), minyak masak (RM2.50 sekilogram), telur ayam gred B (RM12.50 sepapan), daging (RM39 perpek), sayur dan buah (harga dari ladang) serta ikan (RM10 perpek).

Program tersebut yang diadakan sejak Disember tahun lalu bakal menjelajah ke 160 lokasi di seluruh negeri bagi meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Pada 25 Julai, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memaklumkan lebih 80,000 rakyat negeri ini menerima manfaat melalui program berkenaan.

 


Pengarang :