Petugas kesihatan membuat pemeriksaan mata ketika Program Selangor Saring dan Derma Darah DUN Bandar Baru Klang di Klang Parade, Klang pada 7 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang saring kesihatan secara percuma di tiga lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 29 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke tiga lokasi hujung minggu ini.

Pada 3 September, program berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dan DUN Batang Kali.

Manakala, pada 4 September program diadakan di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Hulu Langat (DUN Kajang) dan Dewan Sri Kundang, Kampung Kundang (DUN Tanjong Sepat).

Program Selangor Saring dijadual berlangsung jam 9 pagi hingga 4 petang boleh didaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Selain mengesan barah payu dara, program hingga 4 September turut menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

 


Pengarang :