AGENDANASIONAL

Pemandu warga asing maut digilis lori sendiri

SHAH ALAM, 12 OGOS: Seorang pemandu lori warga Indonesia maut digilis selepas lori yang diparkir mengundur ketika menutup pagar di tapak pembinaan Projek Jalan Sierra 1, Puchong semalam.

Ketua polis daerah Sepang berkata kejadian sekitar 5.30 petang menyebabkan Laseman Tuju, 60, dari Kampung Jenjarom, Banting, parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Berita Harian.

“Lori dipandu mangsa tidak mengalami kerosakan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” kata Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Menurutnya, mayat mangsa yang tersepit bawah tayar dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya serta dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

 


Pengarang :