Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pembinaan SRA Bandar Saujana Putra dipantau, mampu tampung 1,600 murid

SHAH ALAM, 1 OGOS: Kerajaan Negeri memantau perancangan pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Saujana Putra, Jenjarom yang disenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mengikut perancangan, sekolah itu dibina dengan kapasiti dua blok bangunan bagi 40 bilik darjah yang mampu menampung 1,600 murid bagi setiap sesi.

“Kerajaan Negeri akan melihat peruntukan baik pulih apabila sekolah ini siap. Justeru beberapa faktor perlu dilihat antaranya bila sekolah ini akan dibangunkan. Kita tidak mahu kos baik pulih terhadap bangunan terbazir.

“Faktor seterusnya ialah tabungan. Kita memang ada tabungan tertentu termasuk tabungan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), bagaimana naik taraf dan melibatkan struktur besar seperti pendingin hawa atau kemudahan lain sementara menunggu siapnya sekolah ini seperti mana dalam RMK12.

“Biasanya disenaraikan dalam RMK12 tetapi kadang-kadang ambil masa atau digugurkan. Namun, Kerajaan Negeri akan memantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung usaha Kerajaan Negeri dalam membantu pembangunan SRA Bandar Saujana Putra bagi keselesaan pelajar dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.


Pengarang :