Penduduk menggunakan gelanggang baharu untuk aktiviti sukan di SS 19, Subang Jaya pada 13 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Penduduk gembira gelanggang sukan diselenggara demi keselamatan

SUBANG JAYA, 13 OGOS: Hasrat penduduk di Jalan SS19/1G di sini agar gelanggang sukan di kawasan mereka dibaik pulih tercapai apabila infrastruktur itu kini telah diselenggara.

Pesara Danny Lim, 71, menjelaskan gelanggang sukan berkenaan tidak dibaiki sejak puluhan tahun sehingga boleh mengancam keselamatan penduduk.

Danny Lim

“Gelanggang ini bukan sahaja untuk bermain badminton tetapi sepak takraw dan serta digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

“Apabila gelanggang ini dibaiki penduduk tidak perlu risau lagi sekiranya jatuh dan cedera. Saya sendiri pernah mengalami kecederaan kerana terjatuh dua tahun lalu,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk SS19/1 Peter Chin pula berterima kasih kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze kerana prihatin dengan masalah rakyat.

Peter Chin

“Penduduk sememangnya menanti gelanggang ini dibaik pulih kerana walaupun rosak teruk ia masih digunakan.

“Saya berharap dengan adanya gelanggang ini penduduk dapat memanfaatkan dengan sebaiknya dan meneruskan aktiviti riadah dengan selamat,” katanya.

Terdahulu, Michelle berkata pihaknya memanfaat hampir RM20,000 untuk penyelenggaraan gelanggang sukan di situ pada 16 Mei dan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.


Pengarang :