Destinasi pelancongan bersejarah Bukit Malawati di Kuala Selangor. Foto Facebook Tourism Selangor
PBTSELANGOR

Penyanyi Aina Abdul, Jamal Abdillah meriahkan Karnival Kuala Selangor Ahad ini

SHAH ALAM, 4 OGOS: Karnival Kuala Selangor 2022 bakal berlangsung mulai esok hingga Ahad ini di tujuh lokasi di daerah Kuala Selangor.

Menurut Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) karnival berkenaan adalah bersempena sambutan ulang tahun pertama pihak berkuasa tempatan itu.

“Karnival ini menyasarkan rakyat dari seluruh Selangor dan ia menyediakan pelbagai aktiviti membabitkan komuniti, alam sekitar dan sukan serta pengisian rohani.

“Justeru, orang ramai diminta tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti disediakan kerana hadiah menarik dan cabutan bertuah turut ditawarkan kepada peserta,” kongsi MPKS di Facebook.

Sementara itu, penyanyi terkenal tanah air iaitu Dato’ Jamal Abdillah dan Aina Abdul bakal memeriahkan hari kemuncak karnival pada Ahad ini bertempat di Dragonfly Park @Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam.

“Malam kemuncak karnival akan dimeriahkan dengan persembahan bunga api dan cabutan bertuah eksklusif. Pastikan anda hadir untuk bersama-sama merasai kemeriahan Karnival Kuala Selangor 2022!,” katanya.


Pengarang :