Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas selesai membuat laporan pada 21 Julai 2021. Foto Facebook Bernama
AGENDANASIONAL

Perbicaraan kes Ebit Lew bermula 27 September – Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew akan bermula dari 27 hingga 30 September depan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asisten Komisioner A Skandaguru dalam kenyataan malam tadi berkata Ebit Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pada Februari lepas, Ebit Lew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tenom atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

– BERNAMA


Pengarang :