Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) disertai Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar (kanan) dan Pengarah Baitulmal Mais Indera Shahril Mohd Shahid (kiri) menunjukkan laman web Sistem Wasiat dan Hibah (Siswa) yang dilancarkan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 1 Jun 2022. Foto MAIS
AGENSISELANGOR

Permohonan daftar wasiat, Mais tawar potongan 50 peratus

SHAH ALAM, 30 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan potongan harga 50 peratus bagi yuran pendaftaran permohonan membuat wasiat sempena Hari Kebangsaan.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata tawaran istimewa itu bermula bulan ini sehingga 18 September depan kepada pelanggan yang ingin membuat permohonan wasiat.

“Pelanggan-pelanggan yang ingin membuat wasiat hanya perlu membuat bayaran berjumlah RM150 sahaja dan ia terhad untuk 2,000 pelanggan yang pertama.

“Permohonan wasiat boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my atau
mengimbas kod respon pantas seperti yang tertera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai wasiat boleh melayari laman sesawang https://www.mais.gov.my/perkhidmatan-wasiat/ .

Selain maklumat lanjut boleh diperolehi melalui media sosial Mais iaituFacebook Majlis Agama Islam Selangor, Instagram iaitu mais_officialhq dan baitulmalmais.


Pengarang :