Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program “Pakatan Harapan (HARAPAN) Indian Road Show 2022” di Dewan Auditorium Selangor Technical Development Centre (STDC), Kuala Selangor pada 27 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peruntukan rumah ibadat bukan Islam ditambah kepada RM10 juta tahun depan

KUALA SELANGOR, 28 OGOS: Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan RM10 juta untuk rumah ibadat bukan Islam di negeri ini pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu ditambah RM3 juta lagi berbanding ketika ini untuk kemudahan penganutnya.

“Sekarang RM7 juta dibelanja untuk rumah ibadat masyarakat bukan Islam. Malah, negeri-negeri lain juga mengikuti kita sejak empat ke lima tahun ini dengan peruntukan RM10 juta.

“Saya telah maklumkan kepada YB Gana (V Ganabatirau) dan dibincang dalam mesyuarat EXCO, tahun depan peruntukan untuk rumah ibadat masyarakat bukan Islam termasuk kuil dinaikkan RM10 juta dari jumlah sebelum ini,” katanya.

Beliau berucap pada program Pakatan Harapan (HARAPAN) Indian Road Show di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini semalam.

Sejak HARAPAN memerintah Selangor pada 2008, peruntukan rumah ibadat bukan Islam berjumlah RM3 juta setahun sebelum dinaikkan kepada RM6 juta enam tahun kemudian.


Pengarang :