AGENSISELANGOR

PKNS tampil selebriti meriahkan ekspo usahawan 3 dan 4 September

SHAH ALAM, 25 OGOS: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Ekspo Usahawan Selangor (Selbiz) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 3 dan 4 September.

Perbadanan itu memaklumkan ekspo yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam menampilkan beberapa pakar yang akan berkongsi ilmu pemasaran, akaun serta aliran tunai.

Ekspo usahawan terbesar di Selangor itu turut menampilkan usahawan dalam kalangan selebriti antaranya Datuk Rosyam Nor, Rozita Che Wan, Lan Solo, Syura Badron, Datuk Norman KRU, Siti Sairah, Nana Mahazan serta pasangan Khai dan Rosma.

Pengujung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara menarik antaranya:

  •  Borak Bisnes
  •  Klinik Usahawan Selangor
  •  Booth Pameran
  •  Booth Selebriti
  •  Acara Pentas dan Hiburan
  •  Cabutan Bertuah
  •  Business Matching
  •  Zon Makan-makan
  •  Zon Kanak-kanak

Sebelum ini, ketua pengarah eksekutifnya berkata program bagi membantu peniaga kecil mengembangkan produk jualan itu menyasarkan transaksi urus niaga antara RM2 juta hingga RM5 juta.

Dato’ Mahmud Abbas berkata Selbiz mendapat kerjasama beberapa agensi terkenal antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Corp, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec).

Orang ramai yang ingin menjadi sebahagian dari pempamer ekspo berkenaan boleh mendaftar segera menerusi www.selbiz.my

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS ditalian 03-5511 1727, 011-2858 3903 atau 017-419 9400


Pengarang :