Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah sempena Jualan Prihatin Rakyat Aidiladha di Jalan Kantan 2, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 6 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKPS: Jualan murah barangan asas di dua lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 12 OGOS: Jualan murah barangan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke dua lokasi hujung minggu ini.

PKPS memaklumkan Jualan Prihatin Rakyat berlangsung di padang berhadapan Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, esok.

Program yang bemula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari diteruskan di Kampung Sri Indah B, Sungai Buloh sehari selepas itu.

Pelbagai barangan asas dibawa antaranya ayam yang dijual RM13 seekor, minyak masak (RM2.50 sekilogram), telur ayam gred B (RM12.50 sepapan), daging (RM39 per pek), sayur dan buah-buahan (harga dari ladang) serta ikan (RM10 per pek).

Sejak Disember tahun lalu, perbadanan terbabit menjalankan program jualan murah barangan asas di bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Kelmarin, Pengurus Kanan Pemasarannya Md Fazir Abdul Latif berkata pihaknya akan menjelajah ke 160 lokasi seluruh negeri bagi memasarkan barangan keperluan sehingga akhir tahun ini.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat di negeri ini menerima manfaat melalui program berkenaan.


Pengarang :