Panel berbincang bersama peserta ketika bengkel Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 17 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Program jejak warisan langkah jadikan Klang bandar raya diraja

KLANG, 17 OGOS: Program Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang adalah langkah menaik taraf daerah itu kepada bandar raya diraja menjelang 2030.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Elya Marini Darmin berkata projek tersebut bermula tahun lalu dengan bengkel pertama diadakan pada Disember.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Elya Marini Darmin bercakap kepada media selepas majlis perasmian bengkel Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang di Dewan Hamzah, MPK, Klang pada 17 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Bengkel ini bertujuan bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan perbincangan terperinci mengenai pendekatan diterapkan dalam projek jejak warisan.

“Tahun depan adalah sasaran MPK sebagai tahun persediaan untuk bertukar kepada bandar raya. Setakat ini, kita sudah memenuhi penanda aras ke arah itu,” katanya hari ini.

Terdahulu Bengkel Jejak Warisan Bandaraya Klang siri kedua diadakan di Dewan Hamzah MPK di sini dirasmikan EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah.

Bengkel disertai 50 individu terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan syarikat pelancongan.


Pengarang :