Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli berucap ketika Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 27 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Rafizi jangka pembahagian kerusi HARAPAN selesai dalam sebulan

SHAH ALAM, 27 OGOS: Pembahagian kerusi membabitkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bersama parti lain dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) akan diselesaikan dalam tempoh sebulan ini.

Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli berkata senarai pendek calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang juga dijangka dikeluarkan dalam tempoh sama.

“Bertitik tolak hari ini untuk sebulan akan datang kita akan selesaikan gerak kerja di peringkat negeri dan cabang serta rundingan kerusi di peringkat HARAPAN dalam tempoh sebulan ini.

“Sekurang-kurangnya senarai pendek pertama calon-calon di kawasan juga diselesaikan dalam tempoh tersebut,” katanya berucap pada Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 di Dewan Raja Muda Musa di sini.

Rafizi yang juga Pengarah Pilihanraya KEADILAN mengingatkan mereka yang tidak menjadi calon tidak membuat masalah pada parti.

“Kalau menang jadi kerajaan tak ada jawatan jangan tikam belakang…kita masuk pilihan raya sebab ada tanggungjawab untuk membaiki keadaan sebab kita ada anak, adik dan cucu.

“Mereka berhak mewarisi negara yang lebih baik, tak adil kita wariskan mereka dengan hutang, kepayahan dan kesusahan,” katanya.


Pengarang :