Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencabut sayuran hidroponik Pak Choy sambil dibantu oleh Pegawai Khidmat Masyarakat Selangor Youth Community (SAY) Mohamad Nor Imran Mat Shah (kanan) ketika program CSR Sunway Silk 2022 anjuran SAY di Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Rukaiyah Sungai Merab, Kajang pada 21 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda rasmi Sunway Silk, terap ilmu tani moden kepada anak yatim

SHAH ALAM, 22 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyempurnakan Sunway Silk 2022 anjuran Selangor Youth Community (SAY) dan Sunway Group, semalam.

Tengku Amir Shah menghadiri program berkonsepkan penerapan ilmu pertanian moden itu di Pusat Penjagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah Sungai Merab, Kajang.

Pegawai eksekutif khidmat masyarakat SAY berkata program tanggungjawab sosial korporat yang memasuki tahun ketiga itu menerapkan model ilmu pertanian menerusi konsep hidroponik sekali gus membuka peluang kepada penghuni pusat berkenaan menjadi usahawan tani.

Menurut Mohamad Nor Imran Md Shah, program dengan kerjasama pintar Sunway Future X Farm turut membekalkan set hidroponik kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.

SAY dan Sunway Group menyasarkan 20 lagi penglibatan rumah kebajikan dan anak yatim di Selangor dan Kuala Lumpur menjelang 2024.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat kebun mini Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Rukaiyah ketika program CSR Sunway Silk 2022 anjuran Selangor Youth Community (SAY) di Sungai Merab, Kajang pada 21 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :