AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan dijangka landa Hulu Selangor hingga 11 malam

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor sehingga 11 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut dijangka di beberapa negeri lain seperti Kedah di Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

Perak pula melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Jeli dan Tanah Merah) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :