Mangsa banjir menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 23 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ringan beban isi rumah terkesan bah, negeri belanja lebih RM132 juta

SHAH ALAM, 1 OGOS: Sejumlah RM132,628,000 juta disumbang kepada penduduk yang terkesan akibat banjir pada Disember tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menerusi Bantuan Selangor Bangkit (BSB), seramai 126,041 ketua isi rumah menerima wang tunai RM1,000 manakala 17 waris korban mendapat RM10,000 sebagai langkah meringankan beban.

“Jabatan Perangkaan Negara menggambarkan lebih 60 peratus rakyat Selangor kembali normal kurang sebulan selepas banjir melanda.

“Strategi Kerajaan Negeri mengatasi isu banjir termasuk mengendali sisa pepejal dilaksana dengan baik dan bantuan mengembalikan semangat rakyat. Barisan EXCO mengurus tugas dengan baik dan Kerajaan Negeri sebagai pemudah cara,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sungai Buring Datuk Shamsudin Lias berkenaan peruntukan serta bantuan mangsa banjir pada sesi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Amirudin berkata pihaknya turut mengeluarkan kos sebanyak RM31 juta bagi melaksanakan beberapa projek pascabanjir seperti tanah runtuh yang menyebabkan beberapa kawasan terputus di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kerajaan Negeri menerusi agensi berkaitan turut melaksanakan beberapa pembaikan sungai dan prosesnya hampir siap,” katanya.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 milimeter, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Pada 21 Disember, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediama


Pengarang :