EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail (tengah) bergambar bersama penerima komputer riba pada Majlis Serahan Sumbangan Penyelaras Parlimen Ampang di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada 19 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

RM80,000 diperuntuk agih komputer riba, bantu pelajar dan NGO

AMPANG, 20 OGOS: Pejabat penyelaras Parlimen Ampang memperuntukan sejumlah RM80,000 khusus untuk membantu penduduk di kawasan tersebut.

Penyelarasnya Rodziah Ismail berkata seramai 25 individu merupakan pelajar sekolah menengah dan penuntut di universiti daripada golongan berpendapatan rendah (B40) menerima sumbangan komputer riba.

“Kita beri tumpuan kepada agihan komputer riba berikutan permohonan diterima agak banyak. Kita faham kelengkapan itu amat diperlukan untuk pelajar.

“Oleh demikian, untuk hari ini (semalam) seramai 25 pelajar pelbagai kaum menerima bantuan komputer riba yang diperuntukan pejabat parlimen dan sumbangan pihak tertentu,” katanya ditemui pada Majlis Serahan Sumbangan Penyelaras Parlimen Ampang di Masjid Ukay Perdana di sini.

Dalam majlis tersebut, tiga badan bukan kerajaan (NGO) menerima sumbangan iaitu Masjid Ukay Perdana, Kelab Bola Sepak Ukay Perdana dan Kuil Sri Maha Nageswari Kaliamman.

Turut menerima sumbangan, Muhammad Amirul Adiel Daniel Zulkipli dan Nur Ain Ezette Mohd Redzuan masing-masing bakal melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah dan Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.


Pengarang :