SHAH ALAM, 23 OGOS: Selebriti tanah air Datuk Rosyam Nor antara selebriti yang bakal menyertai Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ2022) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 3 dan 4 September ini.
Selain pelakon dan penerbit tersebut, beberapa artis turut menyertai program julung kali itu termasuk Rozita Che Wan, Lan Solo, Syura Badron, Norman KRU, Siti Sairah, Nana Mahazan serta pasangan Khai dan Rosma.
Ekspo yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam itu turut menampilkan beberapa pakar serta profesional yang akan berkongsi ilmu berkenaan pemasaran, akaun serta aliran wang tunai.
Ketua pengarah eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata program bagi membantu peniaga kecil mengembangkan produk jualan selain menyasarkan transaksi urus niaga antara RM2 juta hingga RM5 juta.
Dato’ Mahmud Abbas berkata ekspo mendapat kerjasama beberapa agensi terkenal antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Corp, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec).