Petugas kesihatan mengambil sampel darah peserta program Selangor Saring DUN Dusun Tua di Dewan Komuniti Kampung Batu 9, Hulu Langat pada 26 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan kesihatan percuma di DUN Sungai Kandis, Bandar Baru Klang esok

SHAH ALAM, 6 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor untuk mengesan awal risiko penyakit diteruskan lagi ke dua Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Program Selangor Saring di DUN Sungai Kandis berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama sementara DUN Bandar Baru Klang di tingkat satu Klang Parade Shopping Mall.

Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, permohonan atau pendaftaran bagi menyertai inisaitif itu boleh dibuat melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Saringan kesihatan percuma minggu ini untuk warga Sentosa, Sungai Kandis dan Bandar Baru Klang mengesan awal penyakit jantung, buah pinggang, kanser dan lain-lain,” katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.5 juta bagi melaksanakan program tersebut untuk mengesan penyakit kronik yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Inisiatif tersebut mendapat sambutan baik di beberapa tempat sejak dilancarkan dengan bilangan peserta teramai dicatatkan di DUN Sungai Tua dan Gombak Setia pada 31 Julai.


Pengarang :