Orang ramai menjalani pemeriksaan mata secara percuma melalui program Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan kesihatan percuma di empat DUN hujung minggu ini (VIDEO)

SHAH ALAM, 2 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi ke empat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 6 dan 7 Ogos ini.

Menurut EXCO kesihatan awam, lokasi program Selangor Saring meliputi Dewan Serbaguna Sentosa (DUN Sentosa) dan Dewan Vanilla (DUN Kota Kemuning) pada Sabtu.

Manakala pada Ahad di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama (DUN Sungai Kandis) dan tingkat satu Klang Parade Shopping Mall (DUN Bandar Baru Klang).

Jelas Dr Siti Mariah Mahmud, program itu mendapat sambutan baik di beberapa tempat sejak dilancarkan termasuk di DUN Sungai Tua dan Gombak Setia pada 31 Julai.

“Pelbagai peringkat umur dan bangsa telah mengambil peluang dari inisiatif Kerajaan Negeri yang menggambarkan kepedulian yang tinggi atas kesihatan penduduknya,” katanya di Facebook.

Beliau menambah individu yang memerlukan saringan akan menghargai inisiatif itu ditambah kos hidup dan rawatan kesihatan yang semakin tinggi kebelakangan ini.

“Anda mungkin ok dan tak memerlukannya tetapi orang lain belum tentu senasib kita kerana realiti kehidupan kita tidak sama,” kata Dr Siti Mariah lagi.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM1.5 juta bagi melaksanakan program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

http://

 

 

 


Pengarang :