Petugas kesihatan mengambil sampel darah sempena program Selangor Saring di Dewan MPAJ Lembah Jaya, Ampang pada 11 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan kesihatan percuma di tiga DUN hujung minggu ini

SHAH ALAM, 5 OGOS: Saringan kesihatan percuma diteruskan hujung minggu ini melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa, Sungai Kandis dan Bandar Baru Klang, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata program melibatkan DUN Sentosa diadakan esok bertempat di Dewan Serbaguna Sentosa manakala Ahad di DUN Sungai Kandis (Dewan MBSA Kemuning Utama) dan DUN Bandar Baru Klang  (Klang Parade).

“Selangor Saring adalah bertujuan untuk melakukan pengesanan awal penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser payudara dan banyak lagi.

“Jika anda tinggal berdekatan dengan Klang, Anda boleh jalani saringan kesihatan menerusi program Selangor Saring secara percuma di lokasi yang tertera,” katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :