EXCO Pelancongan Hee Loy Sian menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, SUK Shah Alam pada 1 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Sektor pelancongan utara Selangor tidak jejas hutan simpan kekal

SHAH ALAM, 1 OGOS: Pembangunan sektor pelancongan di utara Selangor tidak melibatkan aktiviti nyahwarta Hutan Simpan Kekal (HKS) Taman Alam Kuala Selangor, kata EXCO pelancongan.

Sebaliknya, menurut Hee Loy Sian, ia dibuat menerusi pemberian permit penggunaan bagi membangunkan hotel bertaraf antarabangsa untuk menarik pelancong dan meningkatkan ekonomi setempat.

“Di Kuala Selangor, Sekinchan tiada hotel bertaraf lima bintang, maka pelancong terpaksa tinggal di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Ini tidak beri kesan ekonomi tambahan kepada kawasan setempat.

“Ada syarikat yang mahu melabur jadi kita beri permit penggunaan untuk bina hotel. Kita tidak nyahwarta hutan dan projek pembangunan juga tidak beri kesan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli berkenaan pembangunan di Kuala Selangor pada sidang Dewan Negeri (DNS) Selangor hari ini.

Loy Sian berkata kaedah pemberian permit bukan hanya dilakukan Selangor, sebaliknya dibuat di negeri lain antaranya Langkawi, Kedah; Rompin, Pahang dan Bakut, Sarawak.

 


Pengarang :