EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail (tiga, kanan) merasmikan Pusat Permohonan Pinjaman Perumahan pada Majlis Serahan Sumbangan Penyelaras Parlimen Ampang di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada 19 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor cadang tubuh pusat perkhidmatan pinjaman perumahan

AMPANG, 20 OGOS: Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan pusat perkhidmatan pinjaman perumahan Selangor bagi membantu rakyat memiliki kediaman.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata pusat itu bertindak dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang mengalami masalah pengurusan kewangan dalam pembelian rumah.

“Saya memuji sepenuhnya usaha Persatuan Inisiatif Bina Ummah (IBU) yang julung kali menubuhkan pusat itu di pekarangan Masjid Ukay Perdana untuk membantu penduduk sekitar yang mengalami masalah tersebut.

“Oleh demikian, saya akan teliti dengan rapat pelaksanaan pusat ini dan jika kaedah ini memudahkan rakyat kenapa tidak ia dilaksana di peringkat negeri,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Serahan Sumbangan Penyelaras Parlimen Ampang di Masjid Ukay Perdana di sini semalam.

Terdahulu, Rodziah yang juga Penyelaras Parlimen Ampang merasmikan pusat perkhidmatan pinjaman perumahan Selangor yang dikelola Persatuan IBU.

Pusat tersebut ditubuhkan untuk membantu bakal pembeli rumah dalam segala urusan permohonan memiliki kediaman perumahan sama ada pembiayaan baharu atau pembiayaan semula.

Penubuhan pusat ini menyasarkan golongan B40 dan anak muda daripada semua kaum dan agama yang menetap di sekitar Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.


Pengarang :