Selangor FC B19 mara ke separuh akhir Piala Belia 2022 selepas menang agregat 8-3 ke atas AMD B16 pada suku akhir pada 31 Julai 2022. Foto Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Selangor FC bawah 19 mara ke separuh akhir Piala Belia

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pasukan Selangor FC bawah 19 (B19) mara ke separuh akhir Piala Belia 2022 selepas menang agregat 8-3 ke atas AMD B16 pada suku akhir 31 Julai lalu.

Ketua Jurulatih Firdaus Tan berkata kerja keras barisan pemain, pegawai dan jurulatih menjadi kunci utama pasukan itu mara ke separuh akhir.

“Faktor utama pasukan layak sampai ke tahap ini adalah kerja keras semua yang terlibat sebagai satu pasukan. Kami bersama-sama menganalisa perlawanan dan berlatih dengan penuh dedikasi untuk beraksi dengan baik dari semasa ke semasa.

“Saya berharap pasukan ini akan terus meningkatkan prestasi dan mara ke peringkat akhir Piala Belia 2022, Insya-Allah,” katanya seperti dilapor Selangor FC.

Selangor B19 akan berdepan pasukan PJ City FC di pentas separuh akhir Piala Belia 2022 pada 7 dan 15 Ogos ini.


Pengarang :