Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) dan Rangkaian Internet PPAS sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Selangor lancar skim pinjaman komputer bantu pelajar B40

SHAH ALAM, 2 OGOS: Kerajaan Negeri melancarkan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) bagi mengurangkan kesenjangan digital dalam kalangan pelajar.

Dato’ Menteri Besar berkata pelajar yang tidak mempunyai peranti atau alat teknologi boleh meminjam komputer menerusi inisiatif kendalian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

“Kita ada 50 perpustakaan dan setiap satu (cawangan) disediakan 10 komputer untuk dipinjam pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Kita juga sediakan jaringan internet, perisian terkini selain kerusi dan meja untuk keselesaan peminjam,” katanya sewaktu majlis Jelajah Selangor Penyayang (JSP) di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada Ahad.

Wakil rakyat Sungai Tua itu memaklumkan pentadbiran Kerajaan Negeri mengutamakan pendidikan bagi membentuk masyarakat berilmu dan cemerlang sekali gus menjamin kehidupan masa depan.

Kanak-kanak meluangkan masa membaca buku di perpustakaan bergerak PPAS sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Justeru lapan program insentif digaris dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bertujuan memperkasakan pendidikan seawal peringkat kanak-kanak.

Selain Sepintas, ia turut merangkumi bantuan Pusat Tuisyen Rakyat, Iltizam Mahasiswa Selangor, Peduli Siswa dan Bantuan Sekolah Negeri Selangor.

Turut terkandung Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor, Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) dan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar).


Pengarang :