AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selcare tawar pemeriksaan kesihatan serendah RM109 sempena bulan kemerdekaan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Klinik Selcare menawarkan pemeriksaan kesihatan serendah RM109 untuk dua orang berbanding harga asal RM140 sempena bulan kemerdekaan.

Selcare memaklumkan orang ramai boleh melakukan pemeriksaan gula dalam darah, buah pinggang, hati dan ujian urin termasuk konsultasi doktor tidak dikenakan caj sepanjang promosi yang berakhir 30 September.

“Manfaatkan promo istimewa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama kami dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat,” katanya di Facebook.

Selcare memaklumkan sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 24 jam 1800-22-6600 atau melayari [email protected]


Pengarang :