Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) mempelawa usahawan untuk menguji rintis mesin layan diri (vending machine) dan menyertai program francais mesin berkenaan. Foto Facebook Seldec
AGENSISELANGOR

Seldec pelawa usahawan sertai program francais mesin layan diri

SHAH ALAM, 21 OGOS: Usahawan dipelawa menyertai program francais mesin layan diri (vending machine) anjuran Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec).

Agensi itu memaklumkan beberapa unit mesin layan diri sudah tersedia untuk diuji rintis oleh usahawan berminat sebelum program berkenaan dilancarkan.

“Beberapa unit Vending Machine telahpun sampai untuk membuat ‘pilot test’ dalam tempoh beberapa bulan sebelum pelancaran.

“Pelbagai jenis Vending Machine kami bawakan kepada usahawan yang berminat, RTE Vending Machine, Frozen Vending Machine, Temperature Control Vending Machine dan lain-lain,” tulisnya di Facebook baru-baru ini.

Seldec memaklumkan, usahawan berminat boleh mendaftar menerusi pautan https://forms.gle/znZdWh3h3imp88PH7

Sejak dilancarkan Kerajaan Negeri pada 3 Oktober 2019, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my/en membabitkan pelbagai barangan termasuk daging segar, peralatan rumah, makanan diproses, makanan sejuk beku dan kuih-muih.

Selain memasarkan hasil tani usahawan kecil di negeri ini secara meluas, Seldec turut menawarkan produk yang sukar diperoleh dalam pasaran antaranya ikan patin, tempoyak, sambal hitam Pahang, rempah gulai nasi dagang dan lemang resipi asli dari Gemencheh, Negeri Sembilan.


Pengarang :