Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan, Permaisuri zahir takziah pemergian Tengku Dato’ Seri Muhamad Mazlan

SHAH ALAM, 28 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tengku Dato’ Seri Muhamad Mazlan Tengku Putera Zainal Abidin.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan pemergian kenalan baginda yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara, IJN pada usia 64 tahun.

“Baginda berdua terkejut dengan berita pemergian Allahyarham dan berkenan mengutus salam takziah kepada balu Allahyarham, Datin Seri Nor Zila Malek, keluarga dan waris.

“Di atas jasa dan bakti Allahyarham, pada tahun 2018, baginda telah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) kepada Allahyarham,” menurut kenyataan di Facebook Selangor Royal Office.

Baginda berdua turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

 


Pengarang :