Md Fadhly Dwiphayana Nor Salim,39, mengisi air dalam bekas simpanan sebagai persediaan berikutan naik taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 ketika tinjauan di Jalan Kebun, Shah Alam pada 6 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tambah baik loji rawatan, pengguna 188 kawasan disaran simpan air

SHAH ALAM, 8 OGOS: Pengguna di 188 kawasan di Hulu Selangor disaran menyimpan bekalan air secukupnya susulan gangguan air berjadual pada 9 hingga 11 Ogos susulan kerja penambahbaikan aset dan selenggara sistem bekalan air di loji rawatan air (LRA) Sungai Rasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja berkenaan bermula jam 9 pagi pada 9 Ogos dan bekalan air dijangka pulih sepenunhya jam 1 pagi 11 Ogos.

“Pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” katanya di Facebook pada 5 Ogos lalu.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan pihaknya akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300 selain membuat aduan laman sesawang http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Kawasan yang terjejas bekalan air seperti berikut:


Pengarang :