Sukarelawan Team Selangor bergambar selepas bergotong-royong membersihkan persekitaran Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah, Baling yang terjejas banjir awal bulan lalu. Foto Facebook Selangor Lestari by Team Selangor
AGENSISELANGOR

Team Selangor bantu bersih sekolah terjejas banjir di Baling

SHAH ALAM, 2 OGOS: Seramai 50 sukarelawan Team Selangor bergotong-royong membersihkan persekitaran sebuah sekolah yang terjejas banjir awal bulan lalu.

Pasukan itu mencuci pakaian serta menyusun perabot yang disaluti lumpur untuk keselesaan pelajar Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah.

“SMA Yayasan Al-Khairiah antara kawasan yang terkesan akibat banjir yang melanda kawasan Baling.

“Bagi membantu kelancaran persiapan pembukaan sesi persekolahan, Team Selangor mengaktifkan sukarelawannya untuk operasi pembersihan sekolah tersebut,” katanya di Facebook.

Hujan lebat hampir tiga jam di Baling pada 4 Julai lalu menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki kediaman penduduk berdekatan dan mengorbankan tiga mangsa.

Konvoi Misi Selangor Penyayang melibatkan 263 individu dari pelbagai agensi termasuk ahli Sukarelawan Selangor (Serve) ke Baling bagi membantu kerja pascabah.


Pengarang :