AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor diramal hujan lebat sehingga 5 petang

SHAH ALAM, 20 OGOS: Tiga daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalayasia) menerusi Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak.

Beberapa kawasan di negeri lain turut mengalami cuaca yang sama iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :