AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

Tiga daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 1 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini di daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh Putrajaya.

Situasi sama diramal di Perak melibatkan Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Terengganu (Besut dan Setiu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub), serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :