Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Tiga daerah di Selangor, Kuala Lumpur diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 14 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur dan Perlis.

Situasi sama diramal di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim; Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu, dan Dungun).

Ia turut melibatkan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong; Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :