EXCO Pelancong Hee Loy Sian (tengah) bergambar bersama wakil media selepas menerima anugerah ketika Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 di Taman Eko Rimba Komenwel, Gombak pada 1 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tourism Selangor rai 150 pengamal media, hargai sumbangan liputan

GOMBAK, 2 OGOS: Lebih 150 pengamal media dirai Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komenwel di sini semalam.

Ketua pegawai eksekutifnya, Azrul Shah Mohamad berkata mereka dirai menerusi progam iaitu ‘Familiarization Trip’ dan Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor.

“Terima kasih kerana setia membantu dan menyokong usaha serta inisiatif yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri khususnya Tourism Selangor dalam sektor pelancongan.

“Hari ini kita meraikan dan mengiktiraf kerjasama dan sumbangan media dalam menyebarluas liputan mengenai Tourism Selangor,” katanya berucap pada majlis berkenaan.

Pada majlis itu sebanyak 26 kategori anugerah dan penghargaan diberikan kepada pengamal media yang disampaikan EXCO Pelancongan Hee Loy Sian.

Media Selangor memenangi tiga anugerah pada majlis itu menerusi Liputan Media Terbaik: Kategori Bahasa Melayu (SelangorKini); Konten Media Sosial Terbaik: TikTok (Selangor TV) dan Wartawan Media Massa Terbaik yang dianugerahkan kepada Zareef Muzammil Zulfikri.

 


Pengarang :