Dari kiri Timbalan Presiden Parti KEADILAN Rakyat, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Permatang Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad ketika majlis pelancaran trak Ayuh Malaysia di hadapan restoran Red Chairs Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Trak ‘Ayuh Malaysia’ dilancar, bakal jelajah ke seluruh negeri bawa isu semasa

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Trak ‘Ayuh Malaysia’ memulakan jelajah di kawasan Setiawangsa, depan kedai Red Chairs, Jalan Wangsa Delima 6 semalam.

Trak yang bakal menjelajah ke seluruh negeri itu dilancar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut Naib Presiden KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Trak ini dilancar dengan membawa isu-isu semasa dan pandangan masa hadapan pemimpin KEADILAN mengenai sosio-ekonomi rakyat.


Pengarang :