Foto Facebook Unisel
AGENDANASIONAL

Unisel tawar bantuan sara hidup bagi tujuh bidang pengajian

SHAH ALAM, 10 OGOS: Universiti Selangor (Unisel) menawarkan bantuan sara hidup RM3,000 kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam tujuh bidang berkaitan barisan hadapan.

Menurut Unisel bantuan itu disalurkan menerusi Skim Bantuan Sara Hidup Program Perantisan Barisan Hadapan Selangor (Selfa).

“Tujuh bidang itu adalah fisioterapi, bioperubatan, kejururawatan, pengimejan perubatan, kesihatan persekitaran, teknologi makmal perubatan dan keselamatan pekerjaan dan kesihatan (OSH).

“Selfa ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), asasi dan matrikulasi yang mendaftar mulai 8 hingga 16 Ogos ini,” katanya di Facebook.

Namun, ia terhad kepada 15 pelajar terawal yang mendaftar di salah satu program di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Unisel itu dan memenuhi syarat ditetapkan.

Mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut boleh layari laman sesawang https://fsk.unisel.edu.my/selfa/


Pengarang :