ADN Kota Kemuning V Ganabatirau menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas di kawasannya pada 4 Julai 2021. Foto Facebook Ganabatirau Veraman
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Kota Kemuning terus agih bakul makanan, bantu rakyat

SHAH ALAM, 21 OGOS: Sebanyak 3,000 bakul makanan diagihkan kepada penduduk terkesan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning tahun ini.

Ahli Dewan Negerinya V Ganabatirau berkata inisiatif itu masih diteruskan susulan masih ada lagi penduduk terkesan disebabkan peningkatan kos sara hidup.

“Walaupun ekonomi mula beroperasi seperti biasa tetapi maklumat diterima masih ada lagi yang hilang kerja dan memerlukan bantuan.

“Kita bantu dengan beri keperluan harian seperti beras, tenusu, gula dan biskut bernilai RM50 hingga RM70,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut menyarankan penduduk yang memerlukan bantuan boleh datang ke pejabat pusat khidmat rakyat atau berjumpa dengan ketua kampung atau ahli majlis.

“Mereka juga boleh terus menghubungi talian 03-5525 4776 untuk pertanyaan berkenaan bantuan disediakan,” katanya.

 


Pengarang :