EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman (tengah) bergambar bersama sebahagian Ahli Dewan Negeri (ADN) dan ahli Penggerak Belia Selangor (PEBS) yang menyertai Pertandingan Tenpin Boling PEBS XTIV di Sunway Megalanes, Sunway Shopping Mall, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Wakil rakyat puji program kumpul belia, platform tukar pandangan

PETALING JAYA, 15 OGOS: Penganjuran pertandingan melibatkan belia merupakan platform terbaik untuk bertukar pendapat demi pemerkasaan golongan itu.

Mengambil contoh pertandingan boling anjuran Penggerak Belia Selangor (PeBS), wakil rakyat Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata program seumpama itu memberi peluang belia menyuarakan pendapat.

“Aktiviti ini bagus kerana sambil menunggu giliran bermain, belia dapat berbincang dan bertukar pandangan tentang hala tuju belia.

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Seharusnya aktiviti seperti ini perlu diteruskan supaya dapat menyokong dan menambah baik program untuk belia,” katanya.

Wakil rakyat Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata penganjuran aktiviti untuk belia sememangnya dinantikan kerana sudah lama tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19.

“Sudah lama belia-belia daripada setiap DUN berkumpul dengan melakukan aktiviti bermanfaat yang membantu memperkasa golongan ini.

“Saya cadang lebih banyak aktiviti seperti ini dapat dianjurkan sekaligus memberi mesej yang memanfaatkan golongan belia,” katanya.

Pertandingan Tenpin Boling Selangor XTIV dianjurkan PeBS dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor di pusat beli belah Sunway Piramid mengumpulkan lebih 250 belia.

Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :