Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning V Ganabatirau menyerahkan baucar bernilai RM20 dan sumbangan petrol percuma kepada 50 penunggang p-panggilan sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam pada 20 Ogos 2022. Foto V Ganabatirau
ADNSELANGOR

Wakil rakyat sumbang petrol percuma, ringan beban 50 penunggang p-panggilan

SHAH ALAM, 20 OGOS: Seramai 50 penunggang p-panggilan menerima sumbangan petrol secara percuma daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning hari ini.

Wakil rakyatnya V Ganabatirau berkata program yang berlangsung di sebuah stesen minyak di Taman Sri Muda di sini bertujuan meringankan beban mereka.

“Program ini adalah kali ketiga untuk tahun ini dan semua motosikal penerima diisi minyak penuh secara percuma.

“Mungkin penghantar p-panggilan ini nampak senang tetapi sebenarnya mereka amat terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Oleh demikian, kita bantu mereka agar dapat meringankan beban sekali gus mendekati penerima yang bukan sahaja bujang tetapi berkeluarga malah ada yang berstatus ibu tunggal,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau yang juga EXCO kerajaan Negeri memaklumkan penghantar p-panggilan turut menerima air mineral, roti dan baucar kedai serbaneka 99 Speedmart bernilai RM20.


Pengarang :