Petugas kesihatan mengambil sampel darah peserta program Selangor Saring DUN Dusun Tua di Dewan Komuniti Kampung Batu 9, Hulu Langat pada 26 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Warga Bandar Utama dipelawa sertai saringan kesihatan percuma 20 Ogos

SHAH ALAM, 6 OGOS: Warga Dewan Undangan Negeri Bandar Utama dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma yang dijadual berlangsung di Galeri Beli-belah Atria pada 20 Ogos.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata program yang bermula 9 pagi hingga 1 petang membuka peluang kepada penduduk untuk mengenalpasti beberapa penyakit berjangkit, barah dan masalah berkaitan mata.

“Sila daftarkan diri anda melalui aplikasi SELangkah dengan menekan butang Program Selangor Saring,” katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :