AGENDANASIONAL

Warga emas pandu lawan arus ada gejala nyanyuk

SHAH ALAM, 11 OGOS: Seorang warga emas disaman kerana memandu melawan arus di Kilometer 211 Lebuhraya Persisian Pantai Barat berhampiran susur keluar Sitiawan Selatan kelmarin.

Lelaki berusia 83 tahun yang mempunyai penyakit Alzheimer dan memandu kereta Mercedes dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bharu, Ayer Tawar, lapor Berita Harian.

Menurut ketua polis daerah Manjung, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik berjaya mengesan warga emas berkenaan semalam susulan insiden yang tular di media sosial.

“Dia kemudian dikenakan tindakan saman atas kesalahan memandu melawan arus mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.

Beliau juga memaklumkan siasatan awal turut mendapati pemilik kenderaan itu mengalami penyakit Alzheimer dan simptom nyanyuk.


Pengarang :