Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyerahkan sumbangan penghargaan kepada waris pencipta lagu rasmi Selangor, Allahyarham Saiful Bahri Alias sempena Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Waris pencipta lagu rasmi Selangor terima penghargaan rumah bernilai RM1 juta

SHAH ALAM, 30 OGOS: Waris pencipta lagu rasmi Selangor menerima rumah bernilai RM1 juta sebagai penghargaan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri

Pengiktirafan tersebut disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kepada anak Saiful Bahri Elyas, Nurul Adzan dalam majlis yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam ini.

Pemuzik itu yang mencipta seni kata lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor serta Melaka meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Karya gubahan dan susunan Saiful Bahri itu dirasmikan pada 8 Mac 1967 selepas dipersetujui Dewan Diraja Selangor dan diperkenan Sultan Salahuddin bagi menggantikan lagu pertama negeri Cantik Manis

Beliau turut menggubah banyak lagu patriotik seperti Inilah Barisan Kita, Malaysia Berjaya dan Perajurit Tanah Air.


Pengarang :