EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau menunjukkan poster karnival I-Seed Deepavali ketika sidang media di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 19 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

100 usahawan meriahkan Karnival I-Seed Deepavali pada 7 Oktober

SHAH ALAM, 19 SEPT: Seramai 100 usahawan program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) akan memeriahkan Karnival I-Seed Deepavali di Dataran Majlis Perbandaran Klang pada 7 hingga 9 Oktober ini.

EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau berkata karnival julung kali itu mengumpul usahawan yang menerima bantuan peralatan daripada Kerajaan Negeri sejak tahun lalu.

“Karnival ini adakan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dengan pelbagai jualan diadakan merangkumi makanan, pakaian dan sebagainya.

“Terdapat juga reruai dari agensi lain seperti KoHijrah, program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) dan ramai lagi bagi memeriahkan karnival,” katanya yang menyasarkan 3,000 pengunjung sehari hadir ke program berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, Ganabatirau berkata program yang bakal dirasmikan Dato’Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan.

“Karnival ini berlangsung selama tiga hari dan Dato’ Menteri Besar akan hadir merasmikan pada salah satu daripada tiga hari berkenaan.

“Selain itu kita turut menyediakan hadiah cabutan bertuah seperti motosikal, televisyen dan banyak lagi kepada pengunjung yang bertuah,” katanya.

Wakil I-Seed menyerahkan mesin jahit kepada usahawan yang menyertai program itu di Sabak Bernam pada 2 November 2021. Foto ihsan V Ganabatirau

Program I-Seed dilancar pada 7 April tahun lalu bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang mereka usahakan.

Antara syarat kelayakan adalah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun, individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.


Pengarang :