Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Majlis Anugerah Sastera Selangor 2021 di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam pada 10 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

12 penulis menang Hadiah Sastera Selangor 2021

SHAH ALAM, 10 SEPT: Dua belas penulis karya kreatif tanah air diumum sebagai pemenang dalam majlis anugerah Hadiah Sastera Selangor 2021 malam ini.

Tiga pemenang utama kategori cerpen, puisi dan esei membawa pulang tunai RM5,000 manakala empat penulis setiap kategori memenangi RM1,000 dengan hadiah keseluruhan RM27,000.

Hadiah Sastera Selangor yang bermula sejak 2015 disiarkan dalam akhbar mingguan atau portal berita Selangorkini terbitan Media Selangor Sdn Bhd, agensi rasmi penerangan Kerajaan Negeri.

Namun mulai 2021, terbitannya diperluas ke Dewan Sastera (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka), jurnal kebudayaan Svara dan halaman media sosial Tukang Puisi.

Berikut senarai judul dan penulis yang menang dalam setiap kategori:

Cerpen

Pemenang utama: Jam menanggalkan jarumnya lalu menghitung (Lokman Hakim, Selangorkini)

Hadiah Penghargaan:

– Lelaki yang lari dari rumah (Nasser Mikraj, Selangorkini)
– Puntianak (Witer Gunik, Dewan Sastera)
– Autobiografi Amoeba (Azrin Fauzi, Svara)
– Vektor seorang Viktor (Azrin Fauzi, Selangorkini)

Sajak

Pemenang utama: Tuhan dari daerah sunyi (Rasyidah Othman, Svara)

Hadiah Penghargaan:

– Di Bukit Golgota: Seorang juruselamat berganti darah dengan dosa (Clariessa Kesulai, Svara)
– Hujan telah henti sejak lama (Karim Mohd, Tukang Puisi)
– Dalam lelap binari (Qurratul ‘Ain, Selangorkini)
– Menikmati katarsis (Qurratul ‘Ain, Dewan Sastera)

Esei

Pemenang utama: Merenung gambar dalam puisi (Abdullah Hussaini, Tukang Puisi)

Hadiah Penghargaan:

– Budaya onani pengulas filem (Naim Al-Kalantani, Svara)
– Selera kosa kata (Qilrif, Selangorkini)
– Satira selak pintu ironi (A Muziru Idham, Selangorkini)
– Kosmopolitanisme yang hilang dalam kebudayaan sastera (A Muziru Idham, Dewan Sastera)

Hadiah Sastera Selangor yang bermula sejak 2015 diperkenal Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menyandang jawatan EXCO Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Keusahawanan.

Usaha baharu itu sejajar cadangan kumpulan juri Hadiah Sastera Selangor 2020 seperti dibentangkan dalam majlis anugerah yang disiarkan dalam talian pada 20 Julai 2021.

Karya kumpulan pemenang tersebut turut dirakam dalam buku Si Pena setiap tahun selepas majlis anugerah dan dilancarkan pada majlis tahun berikutnya.


Pengarang :