Sebahagian peserta Konvoi Merdeka ke Pantai Remis sempena sambutan Hari Malaysia pada 18 September lalu. Foto Team Selangor
AGENSISELANGOR

120 individu sertai Konvoi Merdeka ke Pantai Remis anjuran Team Selangor

SHAH ALAM, 22 SEPT: Seramai 120 individu membabitkan 100 motosikal menyertai Konvoi Merdeka ke Pantai Remis anjuran Team Selangor pada 18 September lalu.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman dalam kenyataan berkata program diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Malaysia.

Menurut beliau peserta dilepaskan dari tiga kawasan berbeza iaitu Kuang, Kajang, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali sebelum tiba di Pantai Remis jam 10 pagi.

“Selain aktiviti konvoi, seramai 55 orang peserta menyertai aktiviti berbasikal secara santai sejauh 20 kilometer.

“Peserta menggunakan laluan kampung sekitar Jeram dengan diiringi koordinator tempatan Team Selangor, anggota RELA dan pihak polis,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Syahaizel, peserta kemudian melakukan aktiviti membersihkan kawasan Pantai Remis yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

“Sebanyak 100 kilogram sampah berjaya dikutip dan diasingkan untuk proses kitar semula,” katanya.


Pengarang :