Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan asas menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Laman Bougainvilla, Gombak pada 25 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

1,500 penduduk Sungai Kertas serbu jualan PKPS seawal 8.30 pagi

ZULAIKHA ZULKIFLI

GOMBAK, 25 SEPT: Kira-kira 1,500 penduduk membanjiri Laman Bougainvilla Kampung Sungai Kertas di sini bagi membeli barangan keperluan asas di Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

Orang ramai mula beratur seawal jam 8.30 pagi pada program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Acara yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 petang menawarkan barangan harian seperti ayam, telur, daging dan minyak masak dengan harga murah berbanding pasaran.

Program JER yang dilancar pada 30 Ogos lalu menawarkan barangan makanan asas pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Enam produk utama ialah ayam yang dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 per pek), beras lima kilogram (RM10 per pek) dan minyak masak lima kg (RM25 sebotol).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

 


Pengarang :